Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

“Princess Jasmine 1001 Nights” PCK-KOMM Malam Penuh Keajaiban

By 6 November 2022November 10th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlydiana Ishak/JaPen (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Makan Malam 2022 anjuran PUSPANITA Cawangan K-KOMM yang bertemakan “Princess Jasmine 1001 Nights” diadakan bagi meraikan sumbangan dan sokongan padu yang diberikan oleh ahli jawatankuasa serta ahli-ahli PUSPANITA PCK-KOMM sepanjang tahun ini.

Selain itu, program ini juga memberi ruang dan peluang kepada AJK dan ahli mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain selain menarik minat semua ahli di peringkat akar umbi untuk terlibat secara langsungdalam program PUSPANITA.

“Saya rasa teruja apabila melihat rakan-rakan Puspanita hadir dengan pelbagai kostum “Arabian” yang sangat cantik dan meriah.

“Medium program seumpama ini merupakan langkah terbaik dalam menghargai sokongan yang diberikan ahli-ahli dalam setiap aktiviti yang diadakan sepanjang tahun 2022,” kata Rajeswari Nagamuthu, AJK Biro Keusahawanan dan Kepenggunaan PCK-KOMM.

Tambahnya, majlis ini menjadi jalinan silaturahim dan tautan kasih antara AJK dan ahli-ahli Puspanita PCK-KOMM.

Pada majlis ini turut diadakan sesi cabutan bertuah, “Ladies of The Night”, pertandingan persembahan berkumpulan berkonsepkan “Arabian” yang telah disertai oleh agensi dan jabatan di bawah K-KOMM.

Kumpulan Ya Aloya dari JaPen telah dinobatkan sebagai Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250.

Majlis itu turut di serikan dengan persembahan dari penyanyi terkenal tanah air, Shiha Zikir.

Turut hadir, Pengerusi PCK-KOMM Datin Sri Hairani Mohd Tajudin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda