Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

MAIWP Labuan Agih RM6.9 Juta Mula Disember

By 28 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/MAIWP Labuan (Labuan)

LABUAN, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Labuan akan mengagihkan Bantuan Zakat Khas bernilai RM 6.9 juta di bawah Program MAIWP- INSANI bermula Disember ini.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya bantuan itu termasuk bantuan tunai sebanyak RM1000 kepada 4,600 orang penerima Bantuan Kewangan Bulanan di Labuan yang mana RM250 telah diagihkan pada Ogos yang lalu manakala RM750 akan diagihkan bermula Disember ini.

“8000 orang penerima Bantuan Am Persekolahan di Labuan akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM200 seorang, 410 orang penerima Bantuan IPT MAIWP akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 seorang.

“Semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama dan KAFA akan menerima bantuan tunai RM30,000 bagi setiap sekolah bagi menampung kos program dan aktiviti pelajar serta penambahbaikan infrastruktur sekolah, bantuan disalurkan melalui Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah masing-masing,” katanya semasa Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar MAIWP 2021, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda