Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Road To LYON – Pelajar Kolej Komuniti Asah Bakat Berentap Dalam Pertandingan MyCCSkills

By 7 November 2022November 10th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Hassanah Abu Hassan

KULIM, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Kolej Komuniti Kulim telah menganjurkan Pertandingan MyCCSkills- Road to Lyon (Graphic Design Technology) bermula 1 hingga 3 November 2022 yang lalu bertempat di Hotel Seri Malaysia Kulim.

Pertandingan berkonsepkan rekabentuk grafik ini mendapat kerjasama bersama Pasaraya Lotus’s Kulim dimana peserta pertandingan perlu merekabentuk flyer dan pamphlet jenama kopi Pasaraya Lotus’s itu sendiri.

Pertandingan ini telah disertai oleh 14 orang pelajar Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia. Pengarah Kolej Komuniti Kulim Rizal Kasyrno Ghazali berkata, “penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menjadi platform kepada pelajar kolej komuniti untuk mengasah bakat dalam bidang kemahiran dan untuk mengenalpasti pelajar yang berkemahiran dalam bidang berkaitan,” katanya.

Melalui pertandingan ini juga, kita sedang mempersiapkan kolej komuniti dengan calon-calon yang sesuai untuk diketengahkan dalam pertandingan Worldskills dan mewakili Malaysia. Ini sekaligus dapat menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar dan tenaga pengajar dari Kolej Komuniti untuk menimba ilmu dan mendapat pengalaman dalam bidang ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda