Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

500 Peluang Pekerjaan di Karnival Kerjaya Anjuran PERKESO, IKM Johor Bahru

By 13 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Mohd Nasir Salman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Kira-kira 500 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor tersedia dalam Karnival Kerjaya 2022 yang berlangsung di Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru, di sini kelmarin.

Pengurus Kes Unit Perkhidmatan Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Johor Cindy Wong berkata, inisiatif ini bukan sahaja membantu golongan yang mencari kerja tetapi membantu majikan yang menawarkan kekosongan jawatan.

“Pihak PERKESO sering mengadakan temuduga mingguan atau temuduga khas berdasarkan permintaan industri dengan tumpuan kepada membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Salah seorang pengunjung Noor Solehah Mohd Fadilah, 28, berkata peluang mencari pekerjaan lebih mudah menerusi temuduga di karnival kerjaya.

“Saya harap lebih banyak karnival kerjaya seperti ini diadakan terutamanya di institusi pendidikan seperti IKM dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) agar graduan yang tamat pengajian akan terus memperoleh pekerjaan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda