Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/JaPen
PUTRAJAYA, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi Digital.
Ahli Parlimen Pantai Dalam itu disambut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Digital Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek ketika tiba di perkarangan lobi Kompleks Kementerian Komunikasi Digital di sini pada pukul 12.15 tengah hari selepas menghadiri mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan kali pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu kedatangan sebagai tanda memulakan tugas di kementerian itu secara rasmi dan kemudiannya menghadiri sesi penyerahan nota serah tugas daripada Mohammad sebelum memasuki pejabatnya di Aras 37.
Menteri Komunikasi Digital itu juga menghadiri sesi taklimat mengenai Kementerian Komuniasi Digital yang dikendalikan oleh Mohammad dan dihadiri pihak pengurusan tertinggi kementerian serta ketua-ketua jabatan.
-RI-