Skip to main content
Berita Sabah & Labuan

Karnival Kerjaya Beri Manfaat Warga Tempatan

By 5 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus (Labuan) / UMSKAL

LABUAN, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Program Mini Karnival Kerjaya Dan Komuniti Wilayah Persekutuan Labuan yang dianjurkan bersempena dengan Pesta Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2022 memberi manfaat kepada masyarakat tempatan di pulau itu.

Menurut Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid, inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui program Myfuturejobs amat dihargai bagi membantu masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan.

“Selain itu, mereka boleh mendapatkan maklumat berkenaan panduan kerjaya, kemajuan kemahiran, program keusahawanan, perlindungan dan pelbagai lagi.

“Mungkin sukar untuk dilaksanakan tanpa adanya kerjasama dan dorongan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan Pengurusan UMSKAL amat mengalu-alukan kerjasama strategik bersama jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta,”katanya semasa merasmikan program itu semalam.

Tambahnya, Pelbagai aktiviti kerjasama dapat dilaksanakan secara strategik bagi mewujudkan satu sinergi padu dinamik yang bukan sahaja mengoptimumkan kos, namun mampu menghasilkan impak yang besar dari keberhasilan penganjuran.

Pada program itu, lebih 10 syarikat atau majikan yang terlibat dalam sesi ‘walk-in interview’ yang dihadiri kira-kira 90 pencari kerja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda