Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Dua Lagi Mayat Ditemukan Dipercayai Ibu Dan Anak

By 17 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhd Afiqq Rahman (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Pasukan mencari dan menyelamat menemui dua lagi mayat dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya, di sini, hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kedua-dua mangsa itu merupakan seorang wanita berusia dalam linkungan 30-an manakala kanak-kanak itu pula dianggarkan berusia antara dua hingga tiga tahun dipercayai pasangan ibu dan anak berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi.

“kedua-dua mangsa ditemukan jam 1.05 petang kawasan Hill View dan menjadikan angka korban tanah runtuh di tapak perkhemahan ini meningkat seramai 23 mangsa.”

“Anggota pasukan mencari dan menyelamat digerakkan dengan kekuatan 135 orang anggota dan menggunakan bantuan tujuh ekor anjing pengesan yang mampu mengesan kedudukan mangsa-mangsa sama ada di dalam tanah mahupun air,” katanya di sidang media.

Kewujudan aliran air bawah tanah antara kesukaran yang dihadapi pasukan penyelamat dalam menjalankan kerja mencari mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di sini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda