Skip to main content
Berita Sabah & Labuan

Bekalan Barangan Keperluan Asas Di Labuan Semakin Stabil

By 2 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus (Labuan) / RTM Labuan

LABUAN, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Bekalan barangan keperluan asas di Labuan seperti telur ayam, minyak masak dan gula semakin stabil.

Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, Junaidah Arbain hasil pemantauan setiap hari pihaknya mendapati bekalan barangan tersebut semakin stabil dan mudah didapati di semua peruncit di pulau itu.

“Kita dapati bekalan barangan tersebut semaki stabil dari hari ke hari dan pasukan penguatkuasa membuat pemantauan setiap hari memastikan bekalan berada di pasaran serta semua peruncit mematuhi harga kawalan yang ditetapkan.

“Berdasarkan laporan dan pemantauan juga mendapati bekalan telur ayam juga semaki stabil dan mencukupi serta tiada peruncit yang menjual telur ayam yang dikawal kerajaan (Gred A,B dan C) melebihi harga siling,” katanya selepas membuat pemantauan di salah satu pasaraya di sini, semalam.

Tambahnya, aktiviti pemantauan KPDNHEP turut dibantu Pegawai Pemantau Harga yang mengutip data setiap hari di 15 lokasi seluruh Labuan bagi tujuan analisis trend perubahan harga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda