Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

MYAirline Satu Lagi Altenatif Laluan Udara Ke Pulau Langkawi

By 2 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Syarikat penerbangan tambang murah (LCC) baharu, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) yang membawa 180 orang penumpang selamat mendarat dalam penerbangan sulung  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 2.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Ahmad Fuad Che Ani ketika ditemui media berkata ia merupakan satu perkembangan yang baik sebagai alternatif kepada pelanggan.

“Pastinya akan menjadikan Langkawi lebih menarik dan lebih interaktif. Penambahan laluan dan destinasi-destinasi baru akan membawa masuk tambahan pelancong-pelancong ke Langkawi,” katanya.

Sementara itu Pengarah MYAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata MYAirline adalah syarikat penerbangan kos rendah baru yang memberi satu alternatif lain daripada yang lain kepada rakyat.

“Satu daripada destinasi yang dipilih ialah Pulau Langkawi kerana kerana amat terkenal bukan sahaja di negara rantau ini tetapi seluruh dunia,” katanya.

“Kami menggunakan pesawat Airbus A320-200 yang boleh membawa 180 orang penumpang. Frekuensi ke Langkawi dari KLIA2 adalah dua kali sehari. Jika ada permintaan, ianya akan ditingkatkan,” katanya lagi.

Turut hadir Pengurus Besar Malaysia Aiports Sdn. Bhd. Kamaruzzaman Razali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda