Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Festival Keusahawanan Bantu Pelajar Harungi Dunia Perniagaan 

By 1 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 130 orang pelajar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) menyertai Festival Keusahawanan bertema ‘Chill Alley: A Day To Chill’ yang diadakan di sini semalam.

Ketua Unit Keusahawanan PMJB Azyati Mohd Agos berkata festival berkenaan bertujuan memberi pendedahan dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kalangan pelajar.

“Kami hendak memberikan pengalaman perniagaan sebenar kepada pelajar dari segi perkhidmatan layanan dan melalui sendiri situasi tawar-menawar serta urusan jual beli bersama pelanggan,” katanya.

Salah seorang pelajar Diploma Keusahawanan, Irfan Haziq Mohd Ali, 19, berkata penganjuran festival sebegini menjadi medan awal pelajar untuk menguji kemahiran dalam bidang perniagaan.

“Di politeknik ini, kami telah diajar dengan kaedah-kaedah mencipta dan menguruskan perniagaan agar dapat menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda