Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Teo Nie Ching Mulakan Tugas Rasmi sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital

By 12 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/Jabatan Penerangan

PUTRAJAYA, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Teo Nie Ching memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital hari ini.

Beliau mengimbas kad perakam waktu di lobi Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital di sini pada pukul 2.00 petang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital itu disambut menterinya Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Encik Ik Ma.Sivanesan Marimuthu dan pengurusan tertinggi kementerian.

Teo Nie Ching mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balairung Seri Istana Negara, pada Sabtu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu mengumumkan pelantikan Teo Nie Ching bersama 26 timbalan menteri yang lain.

Teo yang akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-42 pada 27 Januari ini pernah bertugas sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada Julai 2018 hingga Feb 2020, memenangi kerusi Parlimen Kulai pada Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti 36,023 undi.

Terdahulu, Teo Nie Ching berkata pihaknya akan memastikan ancaman penularan berita palsu tidak terus berleluasa dan mengugat demokrasi negara.

-RI

Tinggalkan komen anda