Skip to main content
Berita TengahPerak

Kunjungan PM10 Terima Sambutan Luar Biasa

By 2 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi (Ipoh)

IPOH, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Lebih 2,500 orang membanjiri khemah ‘Kenduri Rakyat’ berhampiran Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati di sini apabila berkesempatan menemui dan menikmati hidangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus selesai solat Jumaat.

Anwar dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur kerana program pertama beliau di luar Putrajaya dapat diadakan di kawasan Parlimen Tambun.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua dan saya percaya ini merupakan petanda baik untuk kita sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Perak yang lebih segar dan meyakinkan,” katanya lagi ketika merasmikan program tersebut.

Kesemua yang hadir kelihatan teruja walaupun terpaksa beratur panjang untuk mengambil hidangan.

Seorang pengunjung dari Batu Gajah, Shah Riman Pandak Ahmad, 64, meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan Anwar.

“Saya merupakan penyokong Anwar sejak dulu lagi. Oleh itu, kehadiran beliau di sini membuatkan saya rasa terharu,” tambahnya lagi.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda