Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Bekas Menteri Besar Perlis ke-4 Selamat Disemadikan

By 3 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU 3 Dis, (Malaysiaktif) – Jenazah Bekas Menteri Besar Perlis yang ke-4, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh telah selamat  disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Lama, di sini pukul 2.30 petang semalam.

Terdahulu jenazah arwah disolatkan di Masjid Negeri Arau selepas solat Jumaat dan diimamkan oleh Imam Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Sattar.

Allahyarham dilahirkan pada  27 Julai 1944 dan meninggal dunia pada tanggal 1 Disember 2022 akibat penyakit buah pinggang merupakan Menteri Besar Perlis ke-4 sejak 14 Ogos 1986 hingga 5 Mei 1995.

Arwah juga pernah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-14 dari tahun 2003 hingga 2009.

-ZS-

Tinggalkan komen anda