Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Terima Menghadap PM10

By 2 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Ipoh)

IPOH, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kinta, di sini pagi tadi.

Kunjungan ini merupakan lawatan pertama Anwar selepas dilantik menjadi PM ke-10 pada 24 November lalu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun seterusnya menyantuni penduduk ketika mengadakan sesi jelajah dan ramah mesra di Pasar Awam Tanjung Rambutan. Beliau kemudian dan mengambil kesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh Taman Jati.

Anwar sebelum itu menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda