Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Mangsa Korban Ke-26 Kejadian Tanah Runtuh Ditemui

By 21 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Yuszairee Mohd Yunus / Asyraf Firas Jailani (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Pasukan mencari dan menyelamat SAR telah menemui satu lagi mangsa pada jam 11.16 pagi tadi dalam operasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya di Jalan Batang Kali.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, petunjuk semakin lama semakin baik, pencarian setakat ini menjumpai mangsa korban iaitu seorang lelaki dewasa yang berpelukan bersama dengan seekor anjing.

“Mangsa yang ditemui telah dihantar ke hospital Sg Buloh untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti anggaran umur dan maklumat lain.”

“Operasi SAR pada hari keenam diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang dan operasi Hari ini turut dibantu dengan 11 jengkaut tanah dari pelbagai agensi serta sembilan ekor unit anjing pengesan K-9,” katanya semasa sidang media.

Pasukan pencari dan penyelamat (SAR) berkeyakinan akan menemui mangsa-mangsa dilokasi kejadian berdasarkan beberapa petunjuk baru yang dikesan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda