Laporan/foto: Salasmi Yusain/Hairil Mohd Tazim/Resepi Dapur Kayu JF
KINABATANGAN, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Menu salai menjadi tarikan Restoran Resepi Dapur Kayu JF yang dibuka pada 1 Mac 2020 semasa fasa pandemik COVID-19 melanda negara.
Dengan bantuan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) serta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Fatimah Abdul Mutalib menyediakan pelbagai menu salai dan masakan resepi kampung.
“Antara menu terkenal yang menjadi kegemaran pelanggan ialah daging salai masak bawang putih, ikan patin salai, ikan lampam, udang galah dan menu tradisional tinamba sada,” ujarnya ketika ditemui media, di sini baru-baru ini.
Tambah beliau, menu masakan kampung itu diilhamkan sebagai hidangan di restoran bagi memartabatkan resepi makanan tradisional dan kini turut mengorak langkah dengan menghasilkan jeruk ikan patin yang dipasarkan ke pasar raya sekitar Sabah.
-ZS-