Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pelajar Tadika Permata MAIWP Didedahkan dengan Aktiviti Pertanian

By 9 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 9 Dis  (Malaysiaaktif) – Para pelajar Tadika Permata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didedahkan dengan aktiviti pertanian dalam satu siri lawatan sambil belajar ke Taman Pertanian Kilan, Jabatan Pertanian Labuan pagi tadi.

Menurut Ketua Guru Tadika Permata MAIWP Al-Amal Tanjung Aru, Anita Ahmad, program itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada bidang pertanian dalam kalangan para pelajar selari dengan matlamat Tadika Permata MAIWP untuk membentuk pelajar yang berilmu dalam pelbagai bidang.

“Program ini untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan pertanian kepada murid-murid selain mengetahui aktiviti atau peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pertanian,” katanya semasa ditemui pada program itu.

Seramai 85 orang murid dan pengiring dari Tadika Permata MAIWP Al-Amal Tanjung Aru, Tadika Permata MAIWP Al-Iman Layangan dan Tadika Permata MAIWP Al-Ehsan Membedai menyertai program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda