Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Majestic Memorial Park Tumpuan Pengunjung Luar

By 9 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor A’mirah Daman Huri/Nur Haziqah Nabilah (Kerian)

BAGAN SERAI, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Majestic Memorial Park atau pusat penyimpanan abu mayat yang terletak di pekan Bagan Serai menjadi tumpuan penganut agama Buddha ekoran lokasinya yang strategik.

Petugas, Boo Lee Har, 30, berkata tempat ini bukan saja dikunjungi waris si mati dalam kalangan penduduk tempatan bahkan menerima kunjungan daripada mereka yang datang dari luar negeri seperti Johor dan Melaka.

“Majestic Memorial Park diminati oleh ramai penganut Buddha kerana kekemasannya selain blok penyimpanan yang mampu milik pada harga bermula RM3,800 bagi blok tingkat bawah dan boleh mencecah sehingga RM15,000 bagi blok yang berada di paras tengah kerana paras ini merupakan paras mata,” katanya.

Hampir 2,500 blok disediakan kepada penganut agama Buddha dan sehingga kini sebanyak 1,200 blok telah diisi dengan balang abu yang dibeli oleh waris si mati.

-ZS-

Tinggalkan komen anda