Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Kumpulan ‘JuniorNews’ akan diwujudkan di 104 sekolah di negeri Perlis bagi mengenengahkan bakat-bakat kreativiti murid dalam program-program pembelajaran berbentuk kandungan digital.
Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Naharudeen Othman yang ditemui selepas merasmikan Program TV Pusat Sumber Sekolah (TVPSS) 2023, kumpulan ini akan berperanan untuk menemuramah, mengendalikan kamera dan juga turut berperanan untuk mencipta kandungan kreatif sekolah masing-masing.
“Ia juga bertujuan untuk memupuk keterampilan murid dan pemikiran kritis serta mampu melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran komunikasi dwi bahasa.
Segala kandungan kreatif yang telah buat oleh setiap sekolah akan di terbitkan di saluran TVPSS yang akan bersiaran pada setiap petang Jumaat,” katanya.
-ZS-