Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran/Southern Volunteers Tangkak

TANGKAK, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Bak peribahasa ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, aktiviti membersihkan kediaman mangsa banjir telah dilaksanakan oleh Southern Volunteers Tangkak bersama-sama Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak merangkap Pengerusi Southern Volunteers Daerah Tangkak Ezlan Farid Mohd Said, di sini semalam.

“Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti kemasyarakatan yang telah dilakukan oleh Southern Volunteers Tangkak sejak dari tahun lepas apabila banjir berlaku.

“Ia bertujuan meringankan beban mangsa banjir ketika keadaan kediaman mereka tidak terurus, kotor dan berlumpur,” kata Ezlan Farid.

“Jutaan terima kasih kepada Southern Volunteers Daerah Tangkak dan semua pihak terlibat yang telah menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini,” katanya.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Mohd Nazef Mubaraq Kamarudin mewakili Pegawai Daerah Tangkak menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Durian Chondong, dekat sini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda