Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Majlis Apresiasi Kanak-kanak Tabika KEMAS Kulai Meriah

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Al-Tarmizi Bin Azmi/Mohd Saipul Nizam Bin Ibrahim (Kulai)

KULAI, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Lebih 700 orang hadir bagi memeriahkan Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Kulai Sesi 2022/2023 di Dewan Majlis Perbandaran Kulai, semalam.

“Saya teruja melihat kemeriahan majlis dan sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak Tabika KEMAS, ibu bapa dan juga guru-guru Tabika KEMAS serta pentas yang begitu cantik tidak ubah seperti pentas kenduri kahwin.

“Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan kepada para ibu bapa yang sudi hadir bagi memeriahkan program.

“Saya berharap agar kanak-kanak Tabika KEMAS Kulai menjadi kanak-kanak yang berjaya dimasa hadapan kerana mereka merupakan pelapis kepada generasi yang akan datang,” kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai Mohd Jafni Md Shukor.Mohd Jafni Md Shukor ketika merasmikan majlis tersebut.

Menurut Pegawai KEMAS Kulai Siti Maspupah Juwahir, Majlis Apresiasi ini merupakan satu majlis untuk meraikan kanak-kanak yang berumur enam tahun bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 dalam Daerah Kulai.

“Objektif program ini adalah untuk menggalakkan persaingan sihat kanak-kanak dalam bidang Akademik dan Kokurikulum, mendorong penglibatan dalam aktiviti Kokurikulum di pelbagai peringkat, menerapkan budaya kecemerlangan dalam pencapaian Akademik, Kokurikulum dan sasiah diri agar lebih yakin serta berdaya saing,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda