Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Galeri Dato’ Onn Tingkat Kesedaran Sejarah Melayu

By 15 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 15 Jan (Malaysiaaktif) –  Sorotan sejarah pemerintahan Kesultanan Melayu Johor dan kepimpinan Menteri Besar di negeri ini yang mempunyai kisah tersendiri dan penuh makna menyajikan tarikan utama kepada pengunjung di Galeri Dato’ Onn, di sini.

Pengasas bersama Galeri Dato’ Onn, Aminudin Ali berkata, terdapat juga pameran artifak Perang Dunia Kedua, wang emas Kesultanan Johor Lama, koleksi keris Melayu dan produk kraftangan seperti cincin dan gelang yang turut dijual sebagai pendapatan bagi menampung kos pengurusan galeri ini.

“Penubuhan galeri ini bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada generasi muda mengenai kegemilangan orang-orang Melayu pada zaman dahulu mencipta peralatan pertahanan dan keperluan harian.

“Seperti alat Lela Rentaka ini yang berfungsi seperti sebuah bazooka digunakan oleh pasukan ketenteraan Kesultanan Melayu ketika menenggelamkan kapal-kapal penjajah dari Portugis dan Belanda ketika menyerang Tanah Melayu suatu ketika dahulu,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

“Artifak-artifak ini dikumpul menerusi pencarian oleh Persatuan Sejarah Negeri Johor dan dipamerkan di Galeri Dato’ Onn yang dibuka setiap hari, mulai pukul 2 petang hingga 11 malam,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda