Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Terima RM27 Juta daripada Kerajaan Persekutuan

By 20 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hafiz Khairon/Mohamad Izzat Abd Rahman

KUANTAN, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pahang menerima peruntukan sebanyak RM27 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek tebatan banjir.

Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri komited membantu rakyat dalam menaik taraf infrastruktur yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

“Bantuan ini adalah dalam jangka masa panjang dan pendek seperti projek mendalamkan sungai, membina helipad disebabkan sebelum ini terputus hubungan sehingga bantuan banjir tidak dapat disalurkan, pembelian kubikel dan pembinaan pusat pemindahan tetap,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan di Program Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Monsun Timur Laut, di sini semalam.

Seramai 206 orang penerima sumbangan wang ihsan menerima RM1,000 setiap seisi keluarga yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda