Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Jiclyn Hasilkan Produk Kecantikan daripada Daun Kelor

By 25 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Eviannie Kin

KOTA KINABALU, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Khasiat tumbuhan daun kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan produk artisan, Jiclyn Furut@Furet, 43, untuk dijadikan produk inovasi kecantikan semula jadi.

Menurut beliau, daun kelor digunakan sebagai bahan utama untuk menghasilkan produknya iaitu serum muka, ‘scrub’ muka, pencuci muka, gincu dan sabun.

“Saya melihat khasiat daun ini daripada pengalaman sendiri semasa bapa menghidapi penyakit tiroid yang memerlukan pembedahan.

“Bapa mengamalkan pemakanan daun kelor sehingga tiroidnya hilang sehingga tidak perlu melakukan pembedahan lagi.

“Daripada pengalaman itu, saya terus membuat kajian khasiat daun kelor dan terbukti pelbagai manfaat tumbuhan tersebut,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

“Saya mengemukakan kertas kerja dan akhirnya mendapat kelulusan, sokongan serta bantuan daripada pihak kerajaan menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dari segi sumbangan mesin dan geran peruntukan,” katanya.

Menurut Jicly lagi, beliau mendapat permintaan daripada sebuah syarikat di Perancis untuk membekalkan produknya dalam kuantiti yang banyak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda