Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Rakyat Negeri Sembilan Zahir Taat Setia Terhadap Tuanku Muhriz

By 21 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Jabatan Penerangan Penerangan Negeri Sembilan

SEREMBAN, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berangkat mencemar duli ke Majlis Santapan Negeri di Klana Resort Seremban, di sini pada Khamis.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata beliau mewakili rakyat Negeri Sembilan melahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Tuanku untuk terus bersemayam di persada singgahsana menerajui tampuk pemerintahan negeri ini.

“Bagi pihak kepimpinan negeri serta seluruh rakyat sekalian, patik sekali lagi mengambil kesempatan ini melafazkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Tuanku yang ke-75,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda