Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kak Leha Bihun Sup Saji Hidangan Harga Berpatutan

By 31 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Menu makanan seperti bihun sup dihidang bersama air batu campur menjadi pilihan bagi masyarakat utara terutama di negeri Perlis yang sering mengalami cuaca panas.

Hanya dengan nilai RM4, pengunjung di gerai Kak Leha Bihun Sup boleh mendapatkan semangkuk bihun sup atau laksa. Air batu campur dan cendol pula dijual pada harga RM3 sahaja.

Menurut pemilik gerai Zamri Saad, 53, walaupun dengan peningkatan harga barang-barang, beliau tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Saya mengurangkan margin keuntungan bagi memastikan harga makanan yang dijual mampu dibeli terutama oleh pelajar-pelajar yang sering datang ke sini setelah tamat waktu persekolahan,” katanya.

Mengimbas kisahnya memulakan peniagaan Zamri berkata pada tahun 1998 beliau hanya membuka payung dan menjual satu menu makanan sahaja.

“Selepas mendapat sambutan menggalakkan ditambah pula lokasinya yang strategik di tengah pusat bandar Kangar, ia menjadi tumpuan masyarakat sekitar dan pengunjung luar.

“Gerai kami beroperasi setiap hari kecuali pada hari Ahad, menyajikan pelbagai menu pilihan dan cendol pulut merupakan antara hidangan istimewa kami,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda