Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Industri Kenaf Negara Berpotensi ke Peringkat Global

By 31 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Saufi Ab.Ghani

KOTA BHARU, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Industri kenaf di negara ini berpotensi untuk meneroka ke peringkat global di seluruh dunia.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkata pemain industri kenaf perlu merebut peluang di pasaran semasa bagi pengeluaran produk kenaf di peringkat antarabangsa.

“Transformasi berterusan perlu dilakukan bagi membolehkan industri kenaf dikenali di pasaran global.

“Potensi industri kenaf mampu berkembang di negara ini bagi mencapai keberhasilan yang memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat bersama pimpinan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN), ketika mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat LKTN, di Kubang Kerian dekat sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Siti Aminah Aching dan Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik dan Pengurusan Kementerian Perladangan dan Komoditi Tuan Abdul Hadi Omar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda