Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Masyarakat Perlu Sentiasa Bersama PDRM dalam Menangani Jenayah

By 31 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd. Yusof Abd. Samad

TANGKAK, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang warga Tangkak hadir memeriahkan Program Rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak di Kampung Baru, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tangkak Ee Chin Li ketika merasmikan program tersebut menyeru orang ramai agar tidak menyerahkan sepenuh tanggungjawab menjaga keselamatan kepada pihak polis semata-mata.

“Sebagai rakyat kita juga perlu memainkan peranan dalam menangani jenayah.

“Kita haruslah membantu menyalurkan maklumat kepada polis sehingga penjenayah ditangkap dan dapat menjamin keselamatan bersama,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Mohd Fadhil Minhat turut menyampaikan taklimat keselamatan yang bertujuan memberi kefahaman tentang pentingnya kerjasama antara polis dan masyarakat dalam membanteras jenayah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda