Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ketua Kampung Mainkan Peranan Sangat Penting kepada Masyarakat

By 31 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Ketua kampung memainkan peranan yang sangat penting sebagai pentadbir dan menjaga kebajikan setiap anggota masyarakat di sesebuah kawasan.

Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru Fahmi Salam berkata fungsi utama ketua kampung sangat penting kepada lapisan masyarakat setempat.

“Bayangkan jika sekiranya kita tiada ketua kampung, sudah tentu segala urusan yang hendak dibuat menjadi sukar dan merumitkan.

“Itulah fungsi sebenar dan kepentingan seorang ketua kampung sejak dari dulu hingga masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Ikrar dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru di Dewan Hassan Abdullah, Tampoi, di sini semalam.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua ketua kampung yang dilantik pada penggal ini dan diharap dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi demi memastikan kemakmuran dan perpaduan dalam masyarakat berkekalan pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru Yang Mulia Ungku Mohd Zafrin Ungku Mohd Zaman, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas Baharudin Mohd Taib, Ahli DUN Tiram Azizul Bachok, Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Perling Dato’ Abd Rashid Kasman, Kadi Daerah Johor Bahru As-Syeikh Haji Suhaimi Rebu dan Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Johor Bahru.

-ZS-

Tinggalkan komen anda