Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kerajaan Memperuntukkan RM2 Juta kepada 15 Kampung Terjejas Banjir di Batu Pahat

By 1 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Ain Johari/Muhamad Isa Ariffin (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan memperuntukkan RM2 juta kepada 15 buah kampung di sekitar Sri Medan dan Parit Sulong di sini yang dilanda musibah banjir baru-baru ini.

“Peruntukkan segera sebanyak RM2 juta akan diberikan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku agensi pelaksana untuk menyelesaikan masalah berkaitan banjir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke salah sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Parlimen Parit Sulong semalam.

Menurut seorang mangsa Halimah Ali, 75, beliau redha dengan musibah yang melanda dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan yang telah memberikan pebagai sumbangan makanan serta barang-barang keperluan.

Seramai 804 orang penduduk kampung terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan mereka.

Antara 15 buah kampung yang terjejas adalah Kampung Sejagong, Kampung Parit Basri, Kampung Parit Singgahan, Kampung Parit Jayus, Kampung Parit Terus, Jalan Pantai Kampung Sri Pasir, Kampung Parit Haji Ahmad, Kampung Parit Warijo, Kampung Parit Khalid, Kampung Parit Ulong, Kampung Parit Bangas, Kampung Parit Baru, Kampung Sri Pasir, Kampung Parit Simis dan Kampung Sri Dayung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda