Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Litar Lumba Tangkak Tarikan Sukan di Daerah Tangkak

By 20 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina Binti Amran/JKR Tangkak

TANGKAK, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi Projek Menaiktaraf Tangkak Racing Track (Litar Lumba Tangkak) telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah JKR (D) Tangkak Tuan Ir. Azmilhizam Md.Isa di Grisek, di sini kelmarin.

Menurut Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Belia dan Sukan Mohd Faez Othman projek tersebut adalah sambungan daripada Kompleks Litar Lumba Tangkak sedia ada dengan pembinaan litar ‘motocross’ sepanjang 940 meter.

“Ia turut melibatkan mekanikal ‘starting gate’ untuk pelepasan perlumbaan sehingga 24 pelumba pada satu masa, jalan dalaman sepanjang 860 meter, ‘bike washing bay’, menara tinjau, pintu pagar utama serta satu lampu limpah.

“Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kerja Raya Tangkak selaku Pegawai Penguasa dan pihak kontraktor serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini,” katanya.

Mohd Faez juga berharap dengan penambahbaikan Litar Lumba Tangkak ini, ia dapat menjadi salah satu kawasan riadah yang memeriahkan lagi aktiviti sukan permotoran dalam kalangan belia di Daerah Tangkak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda