Laporan/foto: Saufi Ab.Ghani
TUMPAT, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang melakukan lawatan kerja ke Kelantan telah membuat pemantauan ke menara telekomunikasi di Kampung Bendang Pak Yong, di sini baru-baru ini.
“Komitmen Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk memastikan setiap fasiliti telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir berfungsi dengan baik,” katanya.
“Sebanyak 1296 buah menara telekomunikasi di negeri Kelantan, 100 daripadanya mengalami kerosakan akibat banjir pada tahun 2022 telah dibaiki dan berfungsi dengan baik.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut membuat penambahbaikan pengerasan 127 buah menara,” katanya lagi.
Turut hadir Ketua Setiausaha KKD Datuk Sri Mohammad Mentek, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Ma. Sivanesan, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) Jabatan Penyiaran Ts. Putri Joliana Yaacob dan Ketua Pegawai Operasi SKMM Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.
-ZS-