Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Lukisan Ikon Bandar DiRaja Seri Menanti Serlah Bakat Pelajar

By 15 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Unit ICT PPDKP (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Pertandingan Mewarna dan Melukis Sempena Sambutan Hari Keputeraan ke-75 Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar yang berbilang usia, kaum dan agama.

Pegawai Pendidikan Bahagian Hal Ehwal Murid Roslan Mohd Amin berkata sebanyak 117 penyertaan diterima bagi Pertandingan Mewarna dan Melukis yang dipecahkan kepada lima kategori membabitkan sekolah rendah dan menengah.

“Kita tidak menyangka ramai pelajar dapat menterjemahkan ikon Bandar DiRaja Seri Menanti iaitu Istana Lama Seri Menanti kepada pelbagai dimensi lukisan yang menarik.

“Begitu juga dengan pertandingan mewarna yang turut menerapkan elemen perpaduan dan patriotik,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda