Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

JPJ Tumpu 7 Kesalahan Utama Sempena Ops Bersepadu Tahun Baru Cina 2023

By 20 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Ipoh)/Unit Media SUK Perak

IPOH, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan tujuh kesalahan utama lalu lintas yang tidak dibenarkan kompaun sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru Cina 2023.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, operasi bersepadu itu akan bermula pada 18 hingga 27 Januari 2023.

“Tujuh kesalahan utama yang tidak dibenarkan kompaun adalah memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

“Pegawai akan ditugaskan secara bergilir-gilir 24 jam sehari di lokasi strategik dan membuat rondaan serta tinjauan lalu lintas secara berkala di sepanjang lebuh raya,” ujarnya ketika merasmikan program di Pusat Transformasi Luar Bandar, RTC Gopeng, di sini semalam.

Mengekalkan tema kempen sama ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’, Mohammad Nizar menjelaskan beberapa program turut dirangka sebagai usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya khususnya pada musim perayaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda