Laporan/foto: Siti Meriam Mohamad
KOTA BHARU, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Penanam dan pemain industri kenaf disaran berusaha mempertingkatkan hasil pengeluaran dan kualiti industri kenaf negara.
“Saya berharap anugerah seperti ini dapat menggalakkan semua pihak untuk mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran dan kualiti serta mencipta inovasi baharu supaya dapat menarik minat lebih ramai pemain industri untuk terus berkecimpung dalam industri kenaf negara,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkata demikian di Anugerah Penanam, Industri Dan Inovasi Kenaf 2021 sempena Majlis Pelancaran Pelan Strategik, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) 2021-2025, di sini malam tadi.
Fadillah turut menyampaikan sijil dan cek cura kepada penerima Anugerah Penanam Kenaf Jaya, Anugerah Industri Kenaf dan Anugerah Inovasi Kenaf Tahun 2021.
Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Siti Aminah Aching dan Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik dan Pengurusan Kementerian Perladangan dan Komoditi Tuan Abdul Hadi Omar.
-ZS-