Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pemprosesan Belacan Secara Tradisional Lebih Bangkit Aroma Pembuka Selera

By 12 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azimee Abdullah/Salawati Mat Shariff

PULAU BETONG, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Belacan yang dimampatkan melalui teknik pemprosesan tradisional menjadikan belacan itu istimewa dengan aroma yang enak pembuka selera sesiapa sahaja.

Lo Eng Joo, 75, merupakan generasi ketiga mewarisi perniagaan turun temurun keluarganya turut menjelaskan proses pembuatan belacan agak rumit kerana udang yang dibersihkan perlu dikisar dan dijemur beberapa kali bagi menghasilkan pes yang bermutu tinggi.

“Udang geragau dan garam kasar adalah bahan utama penghasilan belacan. Garam merupakan bahan awet yang baik kerana bahan-bahan ini perlu diperam sebelum dikisar.

“Tidak boleh dijemur terlalu kering kerana belacan akan menjadi hancur hingga boleh menjejaskan rasa dan bau.

“Kemudian, pes belacan ini sedia dibentuk dan dibungkus untuk diedarkan dalam pasaran tempatan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda