Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penduduk Gembira Terima Geran Hak Milik Tanah

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Musliha Yusof (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 21 orang peneroka telah mendapat geran hak milik tanah Kampung Parit Simis Darat, Mukim Sri Medan semasa Karnival Tanah Batu Pahat 2023 yang berlangsung di Dataran Kompleks Parit Raja, di sini semalam.

“Tahniah kepada 21 penerima hak milik Kampung Parit Simis Darat, Mukim Sri Medan yang diserahkan hari ini.

“Adalah menjadi fokus utama Pentadbiran Tanah Johor dalam menyelesaikan permohonan-permohonan tanah kerajaan,” kata Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Md Ali.

Siti Nahzuwa Amat Misokih, 36, berasa amat gembira kerana tanah yang diteroka dan diusahakan oleh bapa untuk menanam kelapa sawit kini menjadi milik waris yang sah setelah sekian lama diperjuangkan.

“Tanah tersebut telah diusahakan oleh penduduk dengan menanam kelapa sawit yang sudah berusia antara 15 hingga 20 tahun,” katanya.

Azman Naim yang merupakan pempengaruh hangat masa kini turut memeriahkan karnival tersebut dan menyanyikan lagu parodi Bayaran Cukai Tanah bagi menyeru orang ramai agar tidak lupa membayar cukai.

Turut hadir Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor Dato’ Ashari Kasnan, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat Abdul Azim Shamsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja Nor Rashidah Ramli, ADUN Senggarang, Mohd Yusla Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Ezahar Abu Sairin dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Batu Pahat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda