Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tangki Air Baharu Benut 4 Manfaatkan 17,500 Penduduk

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Sidek Md Said

PONTIAN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Tangki Air Baharu Benut 4 yang telah siap dibina mampu memanfaatkan lebih 17,500 penduduk Benut dan berupaya menampung peningkatan bekalan air terawat terutamanya ketika musim perayaan.

“Penduduk di Sungai Pinggan, Parit Ismail, Parit Mastar, Air Baloi, Parit Sayang dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Dr Ismail di kawasan Benut ini merasai manfaat projek yang bernilai RM13 juta tersebut,” kata Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika merasmikan Tangki Air Baharu Benut 4, di sini semalam.

“Projek yang bermula pada November 2020 itu adalah bagi menaik taraf sistem agihan bekalan air di daerah ini dan mampu disiapkan dalam tempoh dua tahun.

“Dengan kapasiti 4.5 juta liter air sehari (MLD), projek berkenaan turut melibatkan pemasangan jajaran paip baharu berdiameter 450 milimeter sepanjang 1.1 kilometer dari Tangki Air Baharu Benut 4 sehingga ke simpang empat Jalan Parit Ismail dan Jalan Jaafar di Benut,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda