Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Murtabak Jawa Tawau di Kota Kinabalu

By 19 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud

KOTA KINABALU, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Murtabak Jawa Tawau sememangnya tidak asing bagi penggemar makanan di Sabah.

Kini ia boleh didapati di Kota Kinabalu melalui pengusahanya, Arshad Masdin, 30, yang membuka gerai di Universiti Apartment Sulaman.

“Biasanya kami menyediakan 200 keping murtabak sehari di gerai. Kadangkala mencecah 300 keping apabila permintaan tinggi.

“Agak mencabar untuk memenuhi permintaan tanpa bantuan pekerja. Buat masa ini, yang bantu di gerai adalah pelajar-pelajar kolej,” kongsinya ketika ditemui media di gerainya, baru-baru ini.

Berintikan sayur kobis, telur, isi ayam atau daging dan sos kicap istimewa menjadikan murtabak Tawau menjadi pilihan peminat murtabak.

Menurut Arshad, dia kini merancang untuk mengeluarkan menu kuih terang bulan istimewa sebagai tambahan menu di gerainya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda