Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Tahun Baru Cina Semarakkan Semangat Perpaduan

By 21 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfatihah Abd Jamin/Mohamad Nazry Mohamad Rani (Kinta)

IPOH, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Lebih 350 penduduk memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2023 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Pusat Konvensyen Pusing, Batu Gajah, semalam.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berharap semangat kesatuan dan perpaduan yang ditunjukkan ini terus disemarakkan selaras dengan saranan Perdana Menteri semasa menyampaikan amanat Malaysia Madani di Putrajaya.

“Kerajaan Perpaduan ini akan berusaha memelihara rakyat daripada kancah perkauman dan menangani sebarang usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecahbelahkan masyarakat

“Tahun Baru Cina 2023 ini merupakan tahun arnab yang membawa makna kemakmuran seterusnya melambangkan rakyat negara ini mampu membentuk Malaysia Madani yang makmur dan harmoni,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda