Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Perkenal Imej Daerah Melalui Diorama Rumah Orang Tawau

By 17 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Abdul Qayyum Harisah

TAWAU, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Niat untuk memperkenalkan imej daerah kelahiran kepada warga luar, maka terhasillah diorama ‘Rumah Orang Tawau’ hasil tangan anak tempatan, Abdul Qayyum Harisah.

Berusia 28 tahun, minatnya terhadap pembuatan diorama bermula sejak 2017 dengan hanya belajar melalui saluran Youtube.

“Pada asalnya saya adalah pengumpul model-model miniatur kereta dan kapal terbang. Tetapi apabila koleksi sudah banyak, saya terfikir untuk ia diguna pakai secara bermanfaat melalui diorama.

“Anggaran tempoh menyiapkan diorama adalah dalam jangka masa setahun. Ada juga yang hanya memakan masa berbulan, tetapi ia juga bergantung kepada inspirasi dalam penghasilan sesuatu karya,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Qayyum, kos untuk sesebuah diorama dianggarkan RM250.00 hingga RM350.00 kerana menggunakan bahan dan alat yang spesifik dan selebihnya daripada bahan buangan yang digunakan semula.

-ZS-

Tinggalkan komen anda