Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sumbangan Ang Pau Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina

By 18 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) diraikan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel, di Alor Setar semalam.

Ahli Lembaga Amanah YSB Dato’ Cheng Joo An di dalam ucapannya berkata, pihaknya menerima sumbangan daripada orang perseorangan, syarikat korporat dan jabatan kerajaan untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.

“Saya berharap agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban kaum Tionghua menyambut Tahun Baru Cina pada minggu hadapan.

“Seramai 150 orang dari daerah Yan, Kota Setar dan Kubang Pasu menerima sumbangan berkenaan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM30,000.

Menurut Tan Bee Lian, 75, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dari Yan, beliau mengucapkan terima kasih kepada YSB atas sumbangan yang diberikan.

“Pendapatan saya tidak tetap, apabila mendapat sumbangan ini dapatlah duit tambahan untuk saya membeli baju dan kasut baharu bagi memeriahkan Tahun Baru nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan YSB Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah Almarhum Sultan Badlishah hadir menyampaikan sumbangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda