Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Wajah Baharu Kiosk Sungai Layang

By 17 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Peniaga di sini menarik nafas lega dengan kiosk perniagaan yang siap dibina oleh Majlis Daerah Rembau.

Pegawai Daerah Rembau Mohamad Najib Mustafa berkata, pembinaan 10 buah kiosk tersebut mengambil masa setahun untuk disempurnakan.

“Kiosk peniaga ini dibina bertujuan untuk memberi landskap yang baharu, lebih cantik dan teratur berbanding gerai peniaga yang asal.

“Peniaga boleh menjalankan perniagaan mereka bermula pada hari ini (Isnin),” katanya.

Menurut Mohamad Najib lagi kiosk baru tersebut dapat mengelakkan risiko berlakunya kemalangan serta melancarkan aliran trafik kerana kedudukannya yang tidak terlalu hampir dengan jalan utama.

“Pembinaan kiosk ini juga diharapkan dapat membawa tarikan baharu bagi daerah Rembau,” katanya lagi ketika ditemui, di sini semalam.

Sementara itu Norhalimi Idris, 57, peniaga kiosk bernombor lima berkata beliau bersyukur kerana diberikan tempat berniaga yang baharu serta lengkap dengan fasiliti asas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda