Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

1000 Orang Pelajar Labuan Sertai MFLS Tier 1

By 19 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/i-LEAD

LABUAN, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 1000 orang pelajar dari lima buah sekolah iaitu Sekolah Menengah (SM) Sains Labuan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai, SMK Mutiara, SM ST Anthony dan SMK Labuan mengikuti program Malaysia Future Leaders Schoolmfls (MFLS) Tier 1, bermula 13 sehingga 17 Februari lalu di SK Pekan 1.

Menurut kenyataan rasmi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), bermula pada tahun 2023, MFLS Tier 1 dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara secara bersemuka.

“Setiap program akan melibatkan penyertaan peserta seramai 200 orang di setiap sekolah yang terlibat dan jumlah penyertaan keseluruhan sebanyak 17,200 orang murid yang akan menyertai program ini.

“Tujuan program MFLS Tier 1 adalah untuk memberi kefahaman kepada para pelajar mengenai MFLS, menghayati lima elemen MFLS iaitu kepimpinan, kenegaraan, pembentukan watak dan jati diri, kesukarelawanan dan keusahawanan selain berkongsi pengalaman alumni MFLS terutamanya mereka yang pernah menyertai ‘MFLS Go Global’ (elemen pengantarabangsaan),” menurut kenyataan itu semalam.

Tambahnya, Program MFLS Tier 1 diadakan secara bersemuka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Labuan dan Angkatan Belia MFLS (ABM) Kebangsaan dan Negeri.

Majlis perasmian penangguhan berlangsung pada 15 Februari 2023 dan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Syahffie Japril.

Turut hadir Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan i-LEAD Mohd Yuhanis Mohamad Yusof, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Labuan Minggu Amat dan Timbalan Presiden Angkatan Belia MFLS Ryeann Syah Sophian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda