Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Aura Batik Terengganu

By 9 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Batik Terengganu dikatakan mempunyai aura tersendiri kerana kaya dengan nilai estetika, pembuatan halus serta corak yang tidak pernah luput ditelan zaman terus menjadi buruan peminatnya.

Pengemar batik Terengganu, Siti Ishah Mat Ali, 62 berkata kedai batik di Kampung Cina, di sini antara kedai kegemarannya untuk mendapatkan kain batik.

“Bagi saya batik Terengganu mempunyai keunikannya tersendiri kerana sifat kainnya yang sejuk membuatkan kita rasa selesa memakainya selain corak dan motifnya tidak ketinggalan zaman,” katanya.

Menurut Nurul Asyifira Rokib, 23, pembantu jualan kedai batik yang terletak di Kampung Cina, jualan batik Terengganu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang datang ke kedai.

“Kedai kami menawarkan kain batik Terengganu dengan harga mampu milik tetapi kualitinya tetap dijaga,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda