Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bazar Rakyat Agro Johor Terima Sambutan Hangat Oleh Rakyat

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor, telah melaksanakan Program Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) yang menawarkan jualan barangan keperluan harian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Menurut salah seorang pengunjung, Nadia Abdullah, 33, bazar ini haruslah dianjurkan dengan lebih kerap memandangkan tiada Pasar Tani di Simpang Renggam.

“Produk juga perlu dipelbagaikan dan tidak terhad kepada produk Industri Kecil Sederhana (IKS) semata-mata,” tambahnya lagi.

“Program ini sangat mantap dan saya berharap ianya dikekalkan sampai bila-bila,” ujar Siti Nor Nadiah Shaari, 28, salah seorang usahawan mewakili Pertubuhan Peladang Kawasan Kluang.

Program yang dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Zahari Sarip selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor pada Sabtu lalu di Laman Simpang Renggam mensasarkan lima puluh ribu orang pengunjung dan lima ratus orang usahawan di 30 lokasi program yang dijadualkan akan dilaksanakan sehingga penghujung Jun tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda