Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bekas Perajurit dan Balu Anggota PVATM dan Polis Dihargai

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Kedah)

BANDAR BAHARU, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Bandar Baharu  berjaya menghimpunkan kembali bekas-bekas perajurit ATM dan Polis bagi meraikan rakan-rakan dan juga balu anggota yang memerlukan sumbangan dan bantuan dalam satu pertemuan yang berlangsung di Dewan Masjid Ar-Ridzuan, Lubuk Buntar, di sini kelmarin.

Imam Masjid Sungai Tengas Selama, Shamsul Anuar Mahmudin, 52, yang merupakan ahli jawatankuasa PVATM Cawangan Bandar Baharu berkata, perjumpaan sebegini dibuat untuk mewujudkan kesinambungan sebagai satu keluarga bekas-bekas perajurit yang masih terjaga seperti dalam perkhidmatan dahulu.

“Selain daripada itu, perjumpaan ini juga dapat membantu kerajaan untuk bersama-sama membela nasib bekas-bekas perajurit dan balu Angkatan Tentera Malaysia dan polis,” ujarnya lagi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu Dato’ Norsabrina Mohd Noor menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada balu-balu anggota PVATM serta pelancaran Tabung Kebajikan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda