Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Projek ECER Bakal Beri Kesan Positif

By 26 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Karnival Kerjaya Myfuture Jobs Parlimen Sekijang anjuran Pejabat Ahli Parlimen Sekijang dan Pertubuhan Kebajikan Peduli Sekijang dengan kerjasama PERKESO Daerah Segamat telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Jawa Segamat, semalam.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, karnival ini akan membawa manfaat dengan memberi ruang kepada anak muda yang sedang mencari peluang pekerjaan di daerah Segamat.

“Selaku Ahli Parlimen Sekijang, saya tekad dan komited mengangkat naratif pembangunan kawasan dan pekerjaan tempatan dan melihat kepada potensi pembangunan Segamat, projek ECER bakal diperluaskan menerusi pelaksanaan pelan induk ECER 2.0 yang melibatkan daerah Segamat.

“Kami mengharapkan dengan ECER, ia akan dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi di kawasan setempat dan mampu untuk menarik pelabur asing untuk masuk ke Segamat yang mana memberi fokus kepada Agriculture Powerhouse bagi menjayakan inisiatif Agenda Jaminan Bekalan Makanan,” kata Dr Zaliha ketika ucapan perasmian.

Isu keselamatan di tempat kerja, penjagaan kesihatan dalam kalangan pekerja turut diberi perhatian dalam usaha mengekalkan produktiviti pekerja sentiasa berada pada tahap optimum.

Antara agensi yang terlibat dalam Karnival Kerjaya MyfutureJobs Parlimen Sekijang adalah Dhir & Partners Sdn Bhd, 99 Speed Mart Sdn Bhd, Medivest Sdn Bhd, Jakel Trading, Allgreen Timber Products Sdn Bhd, Alliance Steel(M) Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd, IOI Palm Wood Sdn Bhd, PMN Biscuit Industries Sdn Bhd dan Teck Seong Food Industries Sdn Bhd.

-ZS-

Tinggalkan komen anda