Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Kongsi Rezeki, Jumaat Barokah’ Agih 300 Pek Nasi Kandar

By 19 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 300 pek nasi kandar telah di agihkan kepada jemaah-jemaah yang hadir untuk solat Jumaat di Masjid Seri Jerai Gurun oleh Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun.

Dalam temu bual bersama Mohammed Firdaus Johari, 35, dari Pusat Khidmat Rakyat DUN Gurun, di sini kelmarin, beliau berasa syukur dan berharap agar juadah yang disediakan ini dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Program sebegini akan diteruskan di masjid-masjid lain pada setiap minggu bagi memberi peluang kepada semua jemaah dalam DUN Gurun untuk menikmati nasi kandar secara percuma,” ujarnya.

Dalam program tersebut Pejabat Penerangan Daerah Yan turut membuka kaunter edaran bahan penerbitan melalui program Info on Wheel (IOW).

-ZS-

Tinggalkan komen anda