Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

‘Folo BMX’ Cungkil Bakat Si Cilik

By 14 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa/Ihsan Kelab BMX Kuantan

KUANTAN, 13 Feb (Malaysiaaktif) – ‘Folo BMX’ yang merupakan satu komuniti mencari pelapis baru dalam sukan BMX yakin dapat menggilap lebih ramai bakat baru di kalangan kanak-kanak dan remaja dalam sukan ekstrim di negara ini.

Sheikh Muhammad Taslem Shaikh Mohd Raziff, 33, atau lebih mesra dikenali sebagai Botak Kuantan di kalangan penggemar sukan BMX ini berkata, beliau dan rakan-rakan merasa terpanggil untuk mencungkil bakat baru terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja untuk menceburi sukan lasak ini.

“Kami ingin lebih ramai lagi penglibatan bakat-bakat baru sebagai pelapis di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui sukan ini,” katanya yang pernah mewakili Malaysia dalam acara BMX Freestyle Flatland di Sukan SEA Filipina 2019 dan membawa pulang gangsa melalui acara tersebut.

Ujarnya lagi, melalui bengkel yang dianjurkan ini beliau dan kawan-kawan membimbing para peserta mengenai tiga cabang dalam acara sukan BMX iaitu ‘Race’, ‘Freestyle’/’Flatland’ dan ‘Park’ yang mana ketiga-tiga cabang ini dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

Salah seorang peserta, Qays Faliq, 8, berkata, beliau sangat seronok kerana dapat menyertai bengkel ini dan mengikut jejak langkah ayahnya yang juga merupakan peminat sukan tersebut.

Program selama dua hari ini dianjurkan bersama Kelab BMX Kuantan dan ‘Two Legs Flat’ dan turut mendapat sokongan daripada Tasek Kotasas dan Kuantan Parade.

-ZS-

Tinggalkan komen anda